Ulasan Cadangan Menteri KDN Wujudkan Kad Warga Asing Di Sabah

Pada 24 Januari lalu, Timbalan Ketua Menteri Sabah dari UMNO menyebut mengenai Program Khas Pendataan Pekerja Asing Dan Bukan Pemastautin yang sudah dimulakan pada 3 Februari 2022.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/915326/sabah-laksana-program-khas-kumpul-data-pekerja-asing

Menteri KDN dari BERSATU turut mencadangkan mewujudkan kad warga asing di Sabah sebagai dokumen pengenalan diri untuk golongan itu yang tinggal lama di sini termasuk kanak-kanak.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kdn-cadang-wujudkan-kad-warga-asing-di-sabah-hamzah-346037

Saya secara peribadi tidak mempunyai masalah kerana itu antara perkara yang perlu ditangani. Kebanjiran warga asing terutamanya golongan stateless dan keciciran dokumen di Sabah perlu diatasi bagi membolehkan penambahbaikan kepada ekonomi dan sosial di negeri ini.

Bagaimanapun, bukankah cadangan ahli politik dari UMNO dan BERSATU itu familiar atau pernah didengar sebelum ini?

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/06/442062/sabah-kaji-pengeluaran-pas-khas-pekerja-asing

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pss-bukti-kerajaan-serius-atasi-masalah-pti-di-sabah-mohd-shafie-216911

Dua link di atas adalah petikan laporan media pada tahun 2018 dan 2019 yang menyatakan cadangan daripada Presiden WARISAN Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkaitan isu Pati, stateless dan keciciran dokumen.

Beliau berkata, meskipun isu Pati di Sabah begitu kompleks dan perlu diselesaikan secara berperingkat, namun, usaha memperkenal Pas Sementara Sabah (PSS) kepada tiga kategori pemilik dokumen iaitu IMM13, Kad Burung-Burung dan Sijil Banci adalah langkah permulaan mengatasi masalah Pati yang sering menjadi kebimbangan rakyat tempatan.

Langkah mengeluarkan PSS itu juga adalah rentetan daripada perkara diperhalusi di peringkat Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Pati di Sabah sebelum ini berhubung kepelbagaian dokumen dikeluarkan pihak berwajib kepada warga asing.

Ternyata cadangan PSS itu dibantah oleh pihak tertentu khususnya parti pembangkang yang kini menjadi Kerajaan di Sabah.
Selepas tiga tahun, walaupun tidak disebut sebagai PSS, tetapi langkah itu tetap sama membuatkan saya hairan mana perginya suara-suara bantahan ahli politik Kerajaan GRS yang membantah PSS semasa jadi pembangkang dulu?

Jika ada yang menuduh WARISAN sebagai penternak Pati dengan adanya PSS, jadi apa bezanya GRS dan Kerajaan hari ini yang turut memperkenalkan dokumen untuk warga asing? Kenapa tidak dipanggil pemutihan Pati? Kenapa tidak dipanggil penternak Pati?

Justeru apa gunanya kempen baju hitam yang pernah dilakukan dulu? Semua itu hanya lakonan semata-matakah?

Sebab ia hanya sentimen ketika berkempen untuk memenangi undi dan membodohkan rakyat demi memiliki kuasa.

Nampaknya, ludah yang mereka lontarkan ke langit tiga tahun lalu, kembali jatuh tepat di dahi masing-masing.

Sekali lagi saya tegaskan biar apa pun nama yang dipanggil, PSS atau Pendataan warga asing atau sebagainya, isu Pati, stateless dan keciciran dokumen di Sabah perlu ditangani sebaiknya.

Jangan jadikan ia sebagai IC projek. Paling penting jangan jadikan Sabah sebagai tempat mereka mewujudkan satu sentimen atau isu besar bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada melihat kelompangan, konflik, salah laku Kerajaan hari ini.

Saya tidak mahu langkah Kerajaan memberikan dokumentasi dan pendataan warga asing ini, dijadikan polemik politik kepada mereka sendiri untuk mewujudkan kegusaran awam bila tiba masanya.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.