Selepas melawat di kawasan tempohari bersama team Careline Kukusan dan pejabat, kami singgah makan ikan bakar di Kg Sentosa Blok 5.
Kebiasaannya saya menapau sahaja, namun sekali-sekala juga dapat santai makan dalam kawasan kampung.
Ikan dibakar dengan tempurung kelapa dicicah sambal dilengkapi sayur berkuah. Ikan bakar terbaik setakat ini semestinya terletak di mukim Kukusan 😆😋
Hari ini, alhamdulillah saya singgah makan dan dibelanja oleh saudara Syahnan dan isteri, di antara pengunjung tetap ikan bakar di sini. Terima kasih, semoga murah rezeki senantiasa.
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”