Kerajaan Memberi Kebenaran Guru-Guru Berpolitik: Pro Dan Kontranya

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Bila kerajaan memberi kebenaran guru-guru berpolitik, pasti ada pro dan kontranya.

Jika kita imbas kembali, suatu ketika dahulu isu pembabitan guru dalam politik ini suatu perkara yang sangat sensitif lebih-lebih lagi jika guru berkenaan berpihak di parti pembangkang.

Namun, kini kerajaan bersifat lebih terbuka. Mungkin memikirkan pengundi 18 yang perlu dipengaruhi lebih awal agaknya.

Bagi saya, tidak salah guru berpolitik kerana itu hak mereka sebagai pengundi. Malah di WARISAN sendiri, kita mempunyai ahli yang terdiri daripada guru dan kakitangan kerajaan yang lain.

Bagaimanapun, kerajaan juga perlu memastikan agar kelonggaran yang diberikan itu tidak disalah guna ketika sesi persekolahan berlangsung. Lebih-lebih lagi ketika berada di sekolah khususnya bilik darjah.

Saya pasti guru-guru tetap arif dalam membezakan tugas mendidik anak bangsa dan politik.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.