Isu ‘Pemutihan’ Penjaja Kecil Sayur-Sayuran Di Kawasan Taman Semarak

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Saya telah di ‘tag’ di Facebook oleh orang ramai mengenai ‘pemutihan’ penjaja kecil sayur-sayuran di kawasan Taman Semarak yang juga sebahagiannya termasuk dalam mukim Kukusan.

Dalam isu menjaja dan peniaga kecil sebegini, saya sebolehnya enggan memberi komen membabi buta. Ini kerana apa pun yang berlaku, kita perlu kembali merujuk kepada perundangan sedia ada.

Tidak boleh menyalahkan pihak berkuasa sepenuhnya, kerana selagi ada pelanggaran peraturan, selagi itu tindakan boleh dikenakan. Jika ‘bersih’ pastinya tidak akan dikenakan tindakan perundangan.

Apa yang saya dimaklumkan, kemungkinan tindakan ini diambil atas aduan atau dalam bahasa mudahnya ‘komplen’ dibuat oleh pihak tertentu.

Itu terpulang kepada niat pengadu, jika niatnya kerana pendapatannya terjejas sepanjang penjaja ini beroperasi, itu haknya. Tetapi jika niat bukan kerana itu, maka kembalilah kepada sifat keperimanusiaan dan saling bertolak ansur.

Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang belenggu COVID-19, masih ramai bertatih mencari sesuap nasi, ramai kehilangan kerja, biarlah mereka di situ. Mereka berusaha untuk mencari rezeki sendiri.

Lagi pula keberadaan mereka di situ juga memudahkan penduduk dan juga tidak menyumbang kepada gangguan lalu lintas.

Menerusi maklum balas daripada Presiden MPT, penjaja di situ sudah diberikan amaran minggu lalu selepas JKR tidak membenarkan sebarang pembinaan struktur di sepanjang kawasan berkaitan.

Perbincangan akan dilakukan untuk mencari solusi terbaik bagi mengatasi masalah tersebut.

Saya berharap agar situasi menang-menang dapat dilakukan demi kesejahteraan bersama.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.