Selamat Tinggal Tahun 2021

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Lagi beberapa jam kita akan meninggalkan tahun 2021 dan memulakan tahun baharu 2022.

Secara keseluruhan dari Januari hingga Disember tahun ini, lebih 400 aktiviti yang saya dapat lakukan sama ada secara ‘on atau off cam’.

Sebenarnya masih banyak aktiviti yang saya dan pasukan Pejabat DUN N70 Kukusan rangka belum terlaksana ekoran banyak kekangan terutamanya membabitkan polisi, birokrasi, kewangan dan juga COVID-19.

Bagaimanapun, alhamdulillah, secara keseluruhan kami memenuhi tiga fokus utama yang saya gariskan sebagai panduan perkhidmatan sejak hari pertama diberi mandat oleh rakyat Kukusan iaitu RAKYAT, FASILITI serta PENDIDIKAN dan PEKERJAAN.

Terima kasih kepada semua, penaja, agensi kerajaan, WARISAN Bahagian Kalabakan, Wirawati Bahagian Kalabakan, kakitangan dan sukarelawan Pejabat DUN Kukusan, Parlimen Kalabakan, Pejabat ADUN Merotai, Pejabat ADUN Sri Tanjung, NGO, PDRM, Hospital Tawau, penduduk dan ramai lagi kerana bersama-sama mengharungi tahun 2021 yang penuh cabaran.

RINA HJ JAINAL
ADUN N.70 Kukusan

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.