Simpati Saya Zahirkan Kepada Mangsa Banjir

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Keberadaan saya di Kuala Lumpur, beberapa hari lalu, membolehkan saya menyaksikan sendiri bencana banjir yang berlaku di sana.

Alhamdulillah, bagi diri sendiri, saya tidak menjadi antara mangsa yang terperangkap dan pulang ke Tawau dalam keadaan selamat.

Rasa simpati saya zahirkan kepada mangsa di sana yang mana mungkin terdiri daripada ahli keluarga kita sendiri.

Menerusi beberapa video dan gambar yang tular, seperti tidak percaya ia berlaku di negara kita, malah ada yang terkorban sama ada hanyut atau terperangkap.

Hari ini, selain nama Hanafi (saya tidak pasti siapa dia), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) turut popular di media sosial kerana dikatakan gagal menguruskan Bencana banjir yang berlaku sekarang.

Sebenarnya saya lebih melihat kepada pertindihan kuasa. NADMA, Majlis Keselamatan Negara, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) adalah contoh agensi yang berlaku pertindihan kuasa.

Terbaharu BiGBen (Bilik Gerakan Bencana) di bawah pengurusan JKR. Mungkin ada rasionalnya penubuhan operasi bilik berkaitan.

Bagaimanapun, saya melihat ia lebih kepada pertindihan kuasa. Mengapa kita perlu mewujudkan agensi-agensi, bukan kepada memperkasa agensi sedia ada?

Disebabkan pertindihan sebegini, ia sebenarnya menyebabkan matlamat asal membantu rakyat, lambat dilakukan.

Konsep ‘tunding jari’, bantuan bertindan dan sebagainya akan berlaku. Kesannya kembali kepada rakyat yang memerlukan bantuan segera dilakukan.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.