Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Susulan isu kemudahan di Perpustakaan Wilayah Tawau yang saya utarakan dalam sidang DUN Sabah, minggu lalu.
Ada tiga masalah yang saya sebutkan dalam dewan berkenaan.
Satu daripadanya adalah keperluan surau di situ
Bagaimanapun, menerusi maklum balas dari pihak berkaitan, alasan ketiadaan surau untuk solat berjemaah di Perpustakaan Wilayah Tawau (Daerah Tawau) adalah kedudukannya yang hampir dengan Masjid Al-Kauthar selain terdapat ruang solat secara bergilir di bahagian bangunan perpustakaan.
Untuk makluman semua, jarak dari masjid ke perpustakaan dianggarkan sekitar 500 meter.
Ini bermakna jika ada program seharian di Perpustakaan atau perlu berada lama di situ untuk urusan ulang kaji dan sebagainya, orang ramai perlu bergerak sejauh 1 kilometer (pergi-balik) untuk sembahyang.
Tidak ada salahnya di situ. Namun, rasanya ia kurang sesuai kerana ia akan memakan masa lama, selain boleh mendedahkan risiko kemalangan ketika melintas jalan raya khususnya kepada pelajar, berbanding sekiranya disediakan kemudahan surau di kawasan perkarangan perpustakaan.
Memang ada kemudahan ruang solat secara bergilir di bangunan Perpustakaan Cawangan Tawau, namun, ruangan yang sama juga digunakan jemaah lelaki dan wanita. Disebabkan ruang yang kecil, ia menyukarkan pembahagian ruang solat antara jemaah lelaki dan wanita.
Perkara sebegini yang perlu menjadi pertimbangan kerana bukan soal solat berjemaah atau tidak semata-mata, sebaliknya ruang yang ada biarlah bersesuaian untuk ruang solat mengikut gender. Ini kerana wanita sememangnya memerlukan ruang privasi sendiri untuk persiapan sebelum dan selepas beribadah.
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”