9 Dis 2021, Khamis
Hari kelima persidangan Bajet 2022
Selesai sudah persidangan DUN Sabah penggal terakhir 2021 semalam. Sepanjang sesi perbahasan dan soal jawab terdapat banyak isu yang menggusarkan kerana terdapat balasan yang diterima oleh kerajaan negeri sangat tidak menyakinkan.
Tanggungjawab kami di blok pembangkang dalam check and balance adalah mempersoalkan dasar polisi kerajaan negeri yang mempengaruhi kebajikan rakyat Sabah.
Saya juga akan turut berkongsi isu, soalan dan jawapan-jawapan bertulis yang telah saya terima di hari terakhir persidangan petang semalam.
Demi Kukusan Kita Sejahtera.