Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Minggu lalu dan minggu ini, adalah kemuncak kesibukan saya di Pejabat DUN N70 Kukusan menerusi beberapa program, program dan kerjasama untuk rakyat sekitar Kukusan, dan Tawau serta Kalabakan amnya.
Hari ini, saya cuba mencuri sedikit masa untuk mendengar ceritera dari Dewan Rakyat bagi meneliti bajet Keluarga Malaysia yang dibentangkan di Parlimen untuk tahun depan.
Dikala di pihak WARISAN beranggapan bajet tersebut seperti bajet Keluarga Tiri bagi Sabah, kepimpinan GRS di Sabah pula menganggap ia satu berita baik buat Sabah.
RM5.2 billion untuk Sabah bagi untuk kemudahan asas, infrastruktur, air dan elektrik.
Bajet itu juga menyentuh untuk pembangunan kemudahan pendidikan dan kesihatan…. (diulangan) TURUT DIGUNAKAN BAGI KEMUDAHAN PENDIDIKAN DAN KESIHATAN di Sabah untuk tahun hadapan.
Betapa pemurah dan bersyukurnya kepimpinan GRS Sabah dalam hal ini.
Lihat sahaja illustrasi emoji yang dikongsikan rakyat Sabah mengenai keadaan jalan raya di Sabah ketika ini. Itu baharu bercerita mengenai satu kemudahan infrastruktur. Bagaimana pula bangunan sekolah daif di Sabah yang dilaporkan sebelum ini?
Projek-projek berkaitan baik pulih sekolah tergendala hanya kerana ketidak mahiran tenaga di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah baik di peringkat negeri mahu pun daerah, SOP dari JKR yang dilihat tidak sesuai di sini, turut merencatkan pembangunan pendidikan anak bangsa.
Kesihatan? Sejak dari dahulu kita jauh ketinggalan. Tahun ini pun, dari segi pemberian vaksin juga tertinggal, sebelum mereka mula terkial-kial mencari rentak apabila ramai rakyat mula mempersoalkan perkara itu.
Dan tahun depan bakal memberi gambaran Sabah akan terus dibiarkan dibelakang, untuk sekian kalinya.
Jika rakyat Sabah terus akur, bersikap ‘syukurlah nak’….maka kita akan terus terkebelakang.
Bukan hendak menghasut, tetapi saya mahu rakyat Sabah sedar dan bangkit dengan bajet yang dicadangkan menggambarkan siapa Sabah di mata Kerajaan Pusat.
RINA HJ JAINAL
ADUN N70 Kukusan
*gambar kredit Sabah Info
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”