Lokasi: Kg Muhibbahraya
Lewat petang semalam, saya mengunjungi komuniti sepak takraw di Kg Muhibbahraya dengan menyampaikan set bola takraw dan jaring di gelanggang kediaman En Awang Azahari Awang Ahmad dan isteri, Pn Nura Bayong.
Saya turut mengambil aduan dari penggemar-penggemar sukan takraw ini yang menghadapi kesulitan berlatih di gelanggang sempurna. Gelanggang sedia ada adalah satu-satunya tempat mereka berlatih meski banyak kali mengundang kecederaan akibat darjah permukaan lantai yang tidak seimbang.
Mereka menggunakan gelanggang ini sudah lebih kurang sepuluh tahun di mana melahirkan pemain-pemain yang pernah mewakili Tawau, malah turut bermain hingga ke Singapura.
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持