Saya Masih Bersama Parti WARISAN Sabah

KENYATAAN MEDIA
18 OKTOBER 2021

Saya dimaklumkan mengenai satu petikan artikel dari sebuah ‘page’ atau portal yang mengatakan saya keluar parti WARISAN.

DItegaskan bahawa saya masih lagi bersama dan terus menjadi wakil rakyat dibawah payung Parti WARISAN Sabah.

Malah dakwaan kononnya saya keluar parti disebabkan kecewa dengan perjuangan Presiden Parti yang semakin hilang arah, juga adalah palsu dan bersifat fitnah.

Sehingga kini, saya tidak melihat perkara tersebut, malah kekuatan, visi dan misi Presiden Parti Datuk Seri Mohd Shafie Apdal masih lagi jelas. Presiden tidak perlu akur dengan tekanan luar, malah kekal tidak menandatangani perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) yang ditawarkan Kerajaan seperti PH.

Sejak PRU-14, pihak di sebelah sana yang terus melatah malah sanggup tukar parti dan beli ADUN WARISAN semata-mata mahu terus berkuasa.
Sebenarnya, saya tidak terkejut langsung pun untuk berita picisan begini.

Pertama, umum mengetahui portal berkenaan memang dikendalikan cybertrooper yang hidupnya bergantung kepada fitnah untuk popular. Mungkin itulah sumber rezeki mereka untuk makan dan membesarkan keluarga dengan cara fitnah orang.

Kedua, orang ramai sedia maklum, blog-blog atau page sebegini ‘is nothing’ kecuali hanya orang yang malas berfikir sahaja akan menganggap ia betul dan perlu dibahaskan.

Ketiga, fitnah sebegini adalah bertujuan melemahkan penyokong. Namun, saya tahu penyokong saya di Kukusan tidak akan mudah tertipu. Ini kerana hubungan rapat saya dengan penyokong dan penduduk Kukusan menerusi siri lawatan yang sentiasa saya kongsikan dalam Facebook.

Tiada istilah keluar parti di pihak ADUN KUKUSAN. Saya masih teguh bersama kepimpinan DSSA dan juga WARISAN.

RINA HJ JAINAL
ADUN N70 Kukusan
Naib Ketua Wirawati Sabah
Ketua Wirawati Bahagian Kalabakan

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.