Permasalahan Sampah Yang Tidak Pernah Berpenghujung  di Persisiran Traulsen

Assalamualaikum, selamat pagi.

Awal pagi ini, saya memilih untuk berjalan di Persisiran Traulsen. Ternyata permasalahan sampah yang tidak pernah berpenghujung ini seperti membenarkan gaya hidup tanpa kesedaran sivik terus diamalkan.

Mengapa tiada kerja pembersihan dilakukan pada sebelah malam? Orang awam selalunya akan melakukan rekreasi pada keesokan paginya jadi seharusnya pihak Majlis memastikan kerja-kerja pembersihan telah pun dibuat.

Saya berasa kecewa dan malu melihat keluarga dan anak-anak muda terpaksa melihat keadaan ini. Bukankah petugas kebersihan harus sentiasa ada berada di kawasan sekitar untuk memantau? Apa guna penguatkuasaan di atas signboard tapi tiada petugas yang memantau?

Sungguh menyedihkan apabila mercu Tawau sendiri tidak dijaga baik oleh pentadbirnya. Kekerapan permasalahan ini tidak boleh dibiarkan, adalah menjadi tanggungjawab penguatkuasa untuk mendidik warganya yang masih degil dan bersikap pentingkan diri supaya lebih berhati-hati apabila membawa sampah sarap sendiri.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.