Menyambut Baik Cadangan Menteri Kesihatan YB KJ Untuk Menggunakan Airport Lama Sebagai Tapak Hospital Medan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Saya menyambut baik cadangan Menteri Kesihatan YB KJ untuk menggunakan Airport Lama sebagai tapak hospital medan yang baharu.

Dilengkapi 108 katil dan dua dewan bedah, boleh digunakan untuk menampung lebihan pesakit sementara menunggu bangunan baharu Hospital Tawau siap. Alhamdulillah, harap segeralah siap dan berfungsi dengan baik.

Perkara sebegini sangat wajar dilakukan, selepas mengambil kira situasi terkini dan akan datang di Tawau khususnya sepanjang pandemik COVID-19.

Dalam masa sama, beliau turut menjelaskan lebih 70,000 remaja di Sarawak akan divaksin bermula esok selepas negeri itu berjaya melebihi 80 peratus dewasa bervaksin. Diikuti Labuan, KL dan Selangor yang sedikit masa lalu dihantui kes positif COVID-19 tertinggi negara. Maknanya tidak lama lagi mereka akan boleh belajar secara bersemuka.

Diharapkan vaksinasi remaja di Sabah juga dapat dipercepatkan untuk keperluan anak-anak sekolah. Rata-rata ibu bapa berpendapat PDPR adalah cabaran terbesar untuk mereka menggalas tanggungjawab guru di kelas. Dengan pengambilan lengkap 2 dos vaksin dapat memberi keyakinan kepada ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah seperti biasa.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.