Sebanyak 150 bakul berjaya diedarkan di setiap pintu yang dikesan berpenghuni oleh team sukarelawan saya seramai 7 orang.
Pengagihan dimulakan pada 4.30 petang dan berakhir kira-kira 7.30 malam. Bantuan ini adalah inisiatif saya untuk menyantuni penduduk Ambar yg turut terkesan akibat pandemik ini.
Rata-rata penduduk di sini adalah dari kalangan keluarga sederhana dan terdapat juga yang masih menyewa serta tinggal bersama keluarga mereka.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada mereka yang betul-betul memerlukan.
YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN
Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持