Mana SOP Dine-In?
gambar lama

Assalamualaikum dan selamat pagi.Tiada apa yang mengejutkan mengenai pengumuman SOP Baharu Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 Negeri Sabah yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri, semalam.

Bagi rakyat Sabah khususnya Tawau dan Kalabakan, SOP cacamarba ini sudah biasa dihadam.

Biasalah selepas pengumuman SOP begitu, ia akan menimbulkan kekeliruan dan perdebatan di peringkat daerah selama berhari-hari tanpa sebarang penjelasan lanjut dari pihak berkaitan khususnya Kerajaan Negeri Sabah.

SOP semalam, sekali lagi membuktikan kekeliruan bakal berlaku khususnya berkaitan tentang ‘DINE-IN’.

Suka saya ingatkan operasi premis makanan dibenarkan di Sabah hanya membabitkan pembungkusan (tapau), pandu lalu dan penghantaran, TANPA menyebut perkataan DINE-IN langsung.

Jika penguatkuasaan dilaksanakan adakah aktiviti dine-in ini akan dikompaun seperti sebelumnya? Namun tiada arahan jelas mengenai aktiviti ‘dine-in’ termasuk larangan jika benar ia tidak boleh.

Jadi, terbuktikah kerajaan Negeri Sabah dibawah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor diberikan kuasa autonomi oleh Putrajaya seperti yang pernah dilakukan WARISAN ketika memerintah menjadi Kerajaan Negeri pada PRN-15?

Kalau padi katakan padi
Tidak hamba tertampi-tampi
Kalau jadi dine-in katakan jadi
Tidak kami ternanti-nanti.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.