Assalamualaikum, salam Jumaat dan salam sejahtera.
21 Jun lalu, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Balung telah dibuka menjadikan empat PPV beroperasi di Tawau setakat ini.
Walaupun ada orang Kukusan dihantar ke sana untuk mendapatkan suntikan, saya tetap menyokongnya, malah turut meminta kakitangan Pejabat DUN N70 Kukusan menghantar penduduk yang kami daftarkan ke sana, bagi memastikan mereka mendapat vaksin COVID-19.
Malangnya PPV itu ditutup selama seminggu sehingga 4 Julai nanti. Disaat ADUN sanggup mencari dan menghantar orang kampung untuk didaftarkan, tetapi vaksin tiada dan PPV ditutup.
Suka saya maklumkan menerusi surat Pemakluman Pengoperasian Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam 7 Hari Seminggu Di Seluruh Negara yang dikeluarkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bertarikh 17 Jun 2021, ia jelas menunjukkan YB Menteri mengkehendaki semua PPV beroperasi 7 hari seminggu dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
Program outreach sudah dilakukan. Diperingkat Pejabat DUN N70 Kukusan sendiri sudah bermula sejak awal bulan Jun bagi mencari warga emas sekitar Kukusan untuk didaftarkan menerima vaksin.
Ketika ini, difahamkan kerajaan Negeri juga mengarahkan UPPM di setiap kawasan untuk melakukan program outreach yang serupa agar lebih ramai boleh didaftarkan seterusnya menerima vaksin COVID-19.
Tetapi, biarlah program outreach dan pendaftaran di MySejahtera itu seiring dengan jumlah vaksin yang diberikan kepada Sabah.
Antara janji GRS kepada rakyat Sabah adalah kerajaan negeri perlu seiring dengan kerajaan Pusat demi memudahkan kemajuan dan pembangunan bersama. Jadi buktikan.
YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN
Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持