Setiap kali menjelang bulan Mei, pastinya negeri kita berbeza dengan tempat lain.
Ini kerana sebahagian rakyat di negeri ini menyambut Pesta Kaamatan yang diraikan sepanjang bulan ini.Kemuncak sambutan 30 dan 31 Mei iaitu hari ini dan esok yang lazimnya diraikan secara besar besaran di Penampang, Sabah dengan pelbagai aktiviti kebudayaan seperti unduk ngadau, tarian, makanan dan banyak lagi.
Perayaan ini adalah simbolik rasa kesyukuran masyarakat Kadazan Dusun selepas musim menuai.
Dalam keadaan sekarang yang berdepan pandemik COVID-19, kita boleh terjemahkan rasa kesyukuran kerana kita masih boleh bersama keluarga tersayang.
Walaupun mungkin tidak berada di depan mata, namun, kemudahan teknologi masih membolehkan kita menatap atau berhubung dengan mereka.
Saya berharap dengan Pesta Kaamatan ini, ia juga menjadi antara satu titik pemula untuk kita membina sikap positif dalam mengharungi setiap dugaan khususnya bakal berdepan PKP pada 1 Jun nanti.