Pada 21 Mei lalu, Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) N.70 Kukusan menerima aduan penduduk berkaitan pokok mati yang mengenai kabel elektrik di kawasan kediaman mereka.
Hasil tinjauan yang dilakukan pada hari aduan diterima, Pejabat DUN N.70 Kukusan mendapati aduan tersebut berasas dan boleh mengundang bahaya sekiranya tidak ditangan segera.
Kabel elektrik itu menyalurkan bekalan elektrik kepada tiga rumah di situ membabitkan hampir 20 isi rumah. Difahamkan pokok tersebut milik penduduk dan ‘dimatikan’ sehingga menyebabkan ia reput.
Sebelum ini, di lokasi sama, sebuah rumah penduduk rosak akibat ditimpa pokok tumbang sebelum Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Kejadian tersebut menyebabkan rumah penduduk rosak dan memerlukan kerja pembaikpulihan terutamanya dibahagian bumbung.
Kerja pembersihan pokok tumbang itu turut dilakukan dengan bantuan pihak Bomba Tawau.Justeru, enggan perkara sama berulang sekali gus mengurangkan risiko kerugian kepada penduduk, Pejabat DUN N.70 Kukusan kemudian membuat aduan kepada pihak bertanggungjawab seperti MPT dan SESB.
Pagi ini, MPT dan SESB telah tiba di lokasi dan kerja pembersihan termasuk menebang dan mengalihkan pokok mati tersebut sekali gus dapat menghilangkan kegusaran dalam kalangan penduduk.Pejabat DUN N.70 Kukusan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat seperti MPT, SESB dan orang persendirian yang sama-sama membantu menyelesaikan masalah rakyat.
YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN
Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持