Belum pun sampai 24 jam, aduan orang ramai mengenai jalan rosak di susur keluar ke SJK (C) Yuk Chin berjaya diselesaikan oleh wakil pejabat DUN N.70 Kukusan, En. Asri.
Dalam keadaan peruntukan kewangan yang terhad, Pejabat DUN N.70 Kukusan cuba sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah yang diutarakan penduduk atau pengguna jalan raya.
Saya sendiri melihat keadaan jalan yang bertangkung dengan air pastinya mendatangkan bahaya khususnya kepada penunggang motosikal seperti Food Rider/ runner yang melalui kawasan berkenaan.
Sekitar jam 3.30 tadi, kerja penyelesaian termasuk membuat saliran air sementara dan menurap lubang dengan batu dilakukan sebagai penyelesaian sementara bagi mengurangkan masalah tersebut.
Semoga dengan cara ini dapat mengurangkan sedikit masalah yang dihadapi pengguna jalan raya di situ.
YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN
Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持