Kawasan hijau yang luas dan dipenuhi sayur segar, Airport Lama Hilltop

Sumber: Kukusan Kita

Sebut saja Airport Lama di Hilltop, pastinya tergambarkan satu kawasan hijau yang luas dan dipenuhi sayur segar bugar.

Apa jua jenis sayur yang banyak dijual di Pasar Sri Tanjong atau sekitar daerah ini seperti sawi manis, kangkung, bayam, lada dan salad, kebanyakannya datang dari kebun sayur ini.

Sedar atau tidak, jika kita putar masa setahun yang lalu, di mana negara kita mula menguatkuasakan PKP buat pertama kali, bekalan makanan antara isu yang menjadi topik hangat dibahaskan.

Bekalan sayur dari Kundasang tidak dapat masuk ke sini, begitu juga sebaliknya.

Ketika itulah, kebun sayur di Airport Lama ini memainkan peranan amat penting membekalkan sayur sayuran bagi memenuhi permintaan orang ramai.

Kini kawasan ini dianggap lubuk bekalan sayur bagi pasar-pasar bukan saja di Tawau, tapi daerah berhampiran termasuk Kalabakan, Kunak, Semporna dan Lahad Datu.

Admin berharap agar kerajaan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan Kukusan berkembang sebagai satu kawasan bekalan sayur sayuran pinggir bandar.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.