Bantuan keperluan asas untuk golongan asnaf sekitar Dun N.70 Kukusan

Alhamdulillah, program bantuan keperluan asas untuk golongan asnaf sekitar Dun N.70 Kukusan telah dilaksanakan pada 04.10-11.10.2020. Saya wakilkan barisan Wira-Wirawati P.191 Kalabakan untuk menyalurkan bantuan “BAKUL MAKANAN” tersebut..

Pengagihan ini dilakukan secara bersasar khusus untuk golongan asnaf di kawasan kampung-kampung setinggan dalam DUN Kukusan yang pernah dilawati. Bantuan seperti ini juga akan diteruskan secara berfasa.

Terima kasih kepada badan-badan NGO dan individu-individu yang menyalurkan sumbangan untuk melancarkan usaha membantu mereka yang betul-betul terkesan dalam menghadapi PKPBD ini. Semoga bermanfaat untuk rakyat.

Semoga pandemik ini akan cepat berakhir. Terus berkhidmat untuk Menuju Kukusan Baru.

Rina Hj Jainal
YB ADUN N70 KUKUSAN.

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.