Edit Content

Belabuhnya Tirai DUN Sabah Tahun 2025

Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Tahun 2025 DUN Sabah Yang Ke-16

Pre council Mesyuarat Pertama Penggal Kelima DUN Sabah Ke-16

Istiadat Pembukaan Penggal Ke-5 Tahun 2025 DUN SABAH Ke-16

Majlis Amanat Tahun Baharu 2025

 Santapan Rohani Di Majlis Rumah Terbuka

Galeri Gambar

Majlis Rumah Terbuka Kukusan yang kedua kali ini sedikit berbeza dan sangat istimewa. Selain menjamu selera bersama warga Kukusan yang dikasihi, para tetamu juga disajikan dengan santapan rohani yang mendalam dan menyentuh jiwa.

Ceramah bertajuk “Istiqomah: Hadiah Selepas Ramadan” telah disampaikan dengan penuh hikmah oleh Ustazah Marhamah Rosli. Antara intipati yang sangat memberi kesan – hati ini perlu selalu dicuci, agar ibadah yang dilakukan menjadi lebih tenang, ikhlas dan berkualiti.

Ramadan bukan penamat, tapi titik mula untuk terus istiqomah dalam kebaikan. Terima kasih Ustazah atas nasihat dan peringatan yang sangat bermakna.

Terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir dan terima kasih kepada AJK program yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Gabungan jamuan dan pengisian rohani ini benar-benar menguatkan semangat kita sebagai satu komuniti.

Semoga Kukusan terus diberkati dan maju dengan kekuatan jasmani dan rohani.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2025, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.