














SAYA membawa pasukan penggerak akar umbi Dun N70 Kukusan mengadakan lawatan hormat ke Pejabat Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor pagi tadi.
Lawatan ini bertujuan untuk mempererat hubungan strategik antara kepimpinan akar umbi dan kerajaan negeri, di samping membincangkan pelbagai inisiatif pembangunan dan kebajikan rakyat yang boleh dilaksanakan secara bersama demi kesejahteraan komuniti setempat khususnya di Dun Kukusan.