Rakan Demokrasi Kuasa Orang Muda Kolej Vokasional Matang Kuching

ALHAMDULILLAH, lokasi ke 17 bagi jelajah Rakan Demokrasi Kuasa Orang Muda Zon Borneo.

Sebagai penceramah dalam program Rakan Demokrasi Kuasa Orang Muda di Sarawak, saya berpeluang mendidik anak muda tentang peranan mereka sebagai pengundi berusia 18 tahun.

Fokus utama adalah pada pentingnya kesedaran politik, kuasa undi anak muda, dan tanggungjawab sebagai warganegara dalam sistem demokrasi. Saya juga menggalakkan mereka untuk terlibat aktif dalam proses politik dan menjadi agen perubahan di komuniti masing-masing.

Interaksi bersama anak muda Sarawak sangat bermakna, terutama dalam membincangkan isu tempatan seperti pembangunan luar bandar dan keadilan perwakilan.

Pengalaman ini menunjukkan bahawa anak muda memiliki potensi besar untuk menjadi pemimpin yang berwawasan dan berinformasi.

“Satu undi, sebagai seorang warga negara Malaysia, diberik mandar untuk nyampai pilihan hati kitak, suara kitak, di atas kertas undi, untuk nentukan siapa pemimpin yang kitak sokong.”

Terima kasih banyak kerana nerima saya sebagai penceramah dalam program tok. Saya amat bersyukur diberi peluang berkongsi ilmu dengan kitak semua.

Harap apa yang saya sampaikan boleh jadi manfaat untuk kita sama-sama majukan diri ngan negeri Sarawak tok. Terima kasih juak atas sambutan mesra kitak semua. Semoga kita dapat bekerjasama agik di masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.