DIJEMPUT merasmikan Majlis Apreasiasi Pendidikan Khas Smk Kuhara, kemarin di Hotel Emas Tawau.
Majlis ini merupakan satu program yang diatur untuk meraikan murid dan warga PPKI SMK Kuhara yang akan menamatkan alam persekolahan dan yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum sepanjang sesi 2024/2025.
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Kuhara adalah program PPKI sekolah menengah yang pertama di daerah Tawau yang berkapasiti 117 orang keseluruhannya merangkumi 98 orang murid iaitu 74 orang murid lelaki dan 24 orang murid perempuan.
Dalam ucapan saya, saya amat bangga dengan para murid PPKI SMK Kuhara yang berjaya meraih kecemerlangan dalam bidang yang diceburi. Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh murid-murid ini adalah hasil sumbangan guru-guru, PPM dan para murid yang penuh dedikasi, kreatif dan inovatif.
Saya juga berkongsi bersama warga PPKI SMK Kuhara berkenaan terdapat seorang mantan pelajar PPKI SMK Kuhara juga terlibat dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan menyantuni warga sekitar Kukusan di bawah Kelab Kebajikan Komuniti Rina Jainal.
Sebanyak RM2000 saya sumbangkan kepada Persatuan Ibubapa dan Guru PPKI SMK Kuhara bagi aktiviti dan program adik-adik di masa yang akan datang.
Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dan yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis ini. Sesungguhnya kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal sahaja, tetapi datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.