Ahli KERJA & Skuad Wanita Kukusan (SWAN) turun padang bersama Tuan Sukardi Mashuri, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) di Pejabat ADUN Kukusan bagi mewakili YB Datuk Rina Hj Jainal untuk menyampaikan bantuan kepada 5 keluarga memerlukan di DUN Kukusan.
Bantuan termasuk 2 kerusi roda, 1 bangku rehat, dan 2 bakul makanan. Usaha kecil ini adalah tanda keprihatinan terhadap komuniti. Semoga bantuan ini dapat memberikan manfaat buat penerima.