Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima DUN Kali Ke-16

BERLABUH nya tirai bagi Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi penggal kelima kali ke-16 telah selesai dengan beberapa pencapaian utama.

Antara keputusan penting ialah kelulusan Belanjawan Negeri 2025 berjumlah RM6.42 bilion, yang merupakan belanjawan tertinggi dalam sejarah negeri.

Belanjawan ini memberi fokus kepada pembangunan mampan, kebajikan rakyat, dan pengurusan kewangan berhemat dengan lebihan RM24.08 juta

Terdapat beberapa soalan yang saya kemukakan juga turut dijawab secara bertulis oleh kementerian yang terlibat.

Keseluruhan persidangan ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memperkukuh ekonomi, memastikan kebajikan rakyat, dan melaksanakan pembangunan yang inklusif serta mampan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.