Program Madani Rakyat (PMR) 2024

Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah yang berlangsung selama 18-20 October 2024 bertempat di Stadium Likas Kota Kinabalu Sabah.

Program ini dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Anuar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia diiringi oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor Ketua Menteri Sabah dan disaksikan YB Datuk Armizan Mohd Ali Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup di Kompleks Sukan Likas, kemarin.

Pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang 3 hari program ini berlangsung antaranya jualan rahmah madani, pocket talk berkenaan dengan “advokasi price catcher,tik tok shop, penukaran helmet secara percuma dan lain-lain lagi.

YAB Datuk Seri Panglima Anuar Ibrahim turut merasmikan nombor pendaftaran istimewa siri MADANI dan penyerahan “Mo Cek” kepada Komuniti Sejati Madani.

Tahniah diucapkan kepada Datuk Armizan Mohd Ali dan warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup atas penganjuran program ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.