Doa Selamat & Kesyukuran Di Kg Sentosa Blok 4

SAYA telah meluangkan masa malam tadi bersama warga Kg Sentosa Blok 4 di Masjid Amal Maaruf membaca Doa Selamat dan Kesyukuran mengambil berkat malam Jumaat yang barokah.

Di kesempatan ini saya turut berkongsi aktiviti membanci yang giat dijalankan di Kg Sentosa Blok 4/ Blok 5 oleh UPPM Kukusan dan Team RJ dan meminta kerjasama orang kampung agar pihak DUN Kukusan dapat mengemaskini profil penduduk sejajar dengan aspirasi kerajaan negeri untuk memutuskan miskin tegar.

Terima kasih diucapkan kepada warga Kg Sentosa Blok 4 yang telah menerima baik kunjungan saya bersama teamRJ. Syukur ke hadrat illahi atas rezeki dan kesihatan yang telah diberikan. Menu sup tulang Kg Sentosa Blok 4 memang sedap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.