14 Rumah Di Kg Sentosa Blok 4 Terkesan Atas Pelebaran Jalan Utara

SAYA mewakilkan UPPM N.70 Kukusan diketuai oleh PPM Kukusan Tuan Sukardi Mashuri menyantuni 14 pemilik rumah yang terkesan di dalam kawasan menaiktaraf Jalan Utara di Kg Sentosa Blok 4 petang tadi.

Ini merupakan bancian kali ke 3 yang dilaksanakan oleh kakitangan saya dan kakitangan UPPM N70 Kukusan bagi mengenalpasti warga yang terlibat.

Saya juga telah memohon kepada Presiden Majlis Perbandaran Tawau untuk mendapatkan rumah PPR bagi warga yang terlibat. Selain itu team RJ juga telah menguar-uarkan berkenaan dengan pemberian Rumah Mesra iaitu Rumah SMJ sekiranya pemilik rumah menepati terma dan syarat yang ditetapkan.

Kepada warga Kg Sentosa Blok 4 boleh terus ke Pejabat ADUN N.70 Kukusan sekiranya ada sebarang aduan dan pertanyaan berkenaan dengan isu ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.