Program Destini Anak Muda Sabah SMJ

CDO Kukusan En Mohd Fazree Balamis dan Pemaju Mukim Kukusan En Mohd Khairul Faiz Jairul mewakili YB Rina Hj Jainal ke Program Destini Anak Muda Sabah SMJ di Dewan Datuk Amir Bek,IPG Kampus Balung Tawau semalam.

Program Destini Anak Muda Sabah Maju Jaya (Destini SMJ) Anak Muda bertujuan untuk memperkasakan golongan belia di Sabah melalui pelbagai inisiatif pendidikan, kemahiran, dan keusahawanan.

Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Haji Nizam DSP Abu Bakar Titingan Pembantu kepada Ketua Menteri Sabah merangkap ADUN N68 Apas.

Turut hadir, YB Datuk Mohammad Andy Suryady Bandy Ahli Parlimen P191 Kalabakan merangkap ADUN N71 Tanjung Batu, YB Datuk Lo Su Fui Ahli Parlimen P190 Tawau dan Tuan Azrul Ibrahim Pengarah Institus Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.