KEMARIN, saya dijemput merasmikan Projek Kg Bebas Sampah anjuran Majlis Perbandaran Tawau di Kg. Pisang Sentosa 2, Tawau.Inisiatif ini dilancarkan dengan matlamat meningkatkan kesedaran penduduk mengenai kepentingan menjaga kebersihan dan mengurangkan sisa buangan.
Oleh itu, Kg Pisang menjadi pilihan pertama bagi Projek Kg Bebas Sampah kali ini. Saya menyeru agar penduduk kampung bersama-sama mengambil bahagian dalam aktiviti kitar semula, pengasingan sampah, dan pembersihan kawasan secara berkala.
Projek ini bukan sahaja membantu menjaga alam sekitar, tetapi juga memupuk rasa tanggungjawab dalam komuniti untuk mewujudkan persekitaran yang lebih sihat dan bersih.
Kerjasama antara pihak berkuasa tempatan dan penduduk diharapkan mampu menjadikan kampung ini sebagai contoh bagi kawasan lain di Tawau.
Turut hadir Puan Zanariah mewakili Majlis Perbandaran Tawau, Pengerusi Program Lasakka Mading dan penduduk Kg Pisang.