SAYA dijemput merasmikan Majlis Pameran Makanan Etnik di Daerah Tawau anjuran Penubuhan Perpaduan Etnik Tawau (PPET) yang mempamerkan makanan tradisional etnik yang terdapat di kawasan Tawau, Sabah.
Program ini turut diadakan bagi mengetengahkan hampir pelbagai jenis menu juadah makanan etnik pelbagai kaum diantaranya kuih-muih, lauk pauk tradisional dari suku kaum tidung, bajau, suluk, bugis, arab, brunai dan sebagainya.
Pameran ini bertujuan untuk mempromosikan warisan budaya, memperkenalkan makanan tradisional kepada orang ramai, dan menyokong ekonomi tempatan melalui penyertaan usahawan kecil.