Bersama UPPM N.70 Kukusan dan teamRJ menyantuni beberapa warga kukusan yang memerlukan bantuan :-

1. Suriansah Bin Ahmat- golongan B40 yang memohon bantuan bina asas. Saya sempat menyampaikan bantuan bakul makanan dan sumbangan tunai untuk keluarga ini.

2. Ahmad Bin Ali – hasil bancian dari teamRJ mendapati pakcik Ahmad yang merupakan warga emas dan menyara cucu beliau seramai 4 orang. Saya menyampaikan bantuan bakul makanan dan sumbangan tunai dahulu di ziarah kali ini.

3. Puan Aminah Binti Hamada – Alhamdulillah, menemui sahabat kepada ibu saya, mak cik Aminah yang mempunyai penyakit batu karang. Menurut beliau dia telah di tebuk sebanyak 4kali dan minggu hadapan mempunyai temujanji pakar di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu. Saya juga turut memberikan bantuan bakul makanan dan sumbangan tunai kepada beliau.

4. Isnira Binti Alpha- Saya juga sempat menyantuni nenek Isnira warga emas yang mempunyai masalah pendengaran. Bakul makanan dan sumbangan tunai juga turut diberikan kepada nenek Isnira.

Semoga sedikit sebanyak bantuan daripada saya memberikan sinar harapan dan meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.