Larian Hari Sabah

PAGI tadi saya telah menerima bendera Sabah sebagai simbolik penerimaan daripada peserta Merotai yang telah memulakan larian kemarin.Larian Hari Sabah merupakan program yang istimewa yang diadakan sempena sambutan Hari Sabah dan Hari Kebangsaan Malaysia pada tahun ini. Dengan melibatkan 30 daerah di seluruh Sabah, larian ini mencerminkan semangat perpaduan dan patriotisme rakyat negeri di bawah bayu. Setiap daerah akan menjadi saksi semangat kesukanan yang tinggi, di mana peserta dari pelbagai latar belakang bersama-sama menyertai larian ini.

Hentian terakhir larian ini akan berada pada 31 Ogos 2024, bertempat di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia. Tahniah kepada pengerusi penganjur daerah Tawau Puan Kerry Chee atas kejayaan program larian ini.

Turun hadir pada pagi tadi ADUN N.69 Sri Tanjung YB Justin Wong, PPM Sri Tanjung Tuan Fung Lenfui daripada Uppm Sri Tanjung,PPM Kukusan Tuan Sukardi Mashuri UPPM N.70 Kukusan, En Faisal Mohidin mewakili Ybhg Tan Sri DSP Pandikar Amin Mulia Presiden USNO dan Puan Zanaria mewakili Majlis Perbandaran Tawau.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.