“Pilot Project” Kampung Bebas Sampah

PPM N.70 Kukusan, Tuan Sukardi Mashuri hadir ke Sesi Taklimat “Pilot Project” Kampung Bebas Sampah. Kampung Pisang telah dipilih sebagai lokasi program kerana sistem pungutan sampah yang dilakukan sendiri oleh penduduk kampung amat teratur dan berjadual.

Kampung Pisang adalah kampung pertama dikawasan DUN Kukusan yang telah dipilih oleh pihak Majlis Perbandaran Tawau (MPT) sebagai lokasi program. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Maznah Awang dari Majlis Perbandaran Tawau (MPT). Turut hadir Encik Jumadi Sampe, Pengerusi Masjid Al-Amin 2 dan Encik Jufri Sahabu.

Diharap pelaksanaan “Pilot Project” ini selain menjadikan persekitaran kampung yang bersih dan sihat, dapat juga menjaga kebersihan sungai dari pembuangan sisa sampah yang antara sebab menjadi penyumbang kepada banjir kilat.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.