Program Jiwa Komuniti Madani Merdeka Dan Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat DUN Kukusan

HARI INI, dengan rasa bangga dan semangat patriotik, saya bersama Pejabat Penerangan Daerah Tawau, UPPM N.70 Kukusan dan Team Rj telah melancarkan Program Jiwa Komuniti Madani dan Pelancaran Jalur Gemilang Peringkat Dun Kukusan sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67.

Dalam ucapan di program ini,saya juga menyeru kepada warga agar menghargai jasa dan pergorbanan para pahlawan yang memperjuangkan kemerdekaan Malaysia. Terima kasih pahlawan negara jasamu akan sentiasa dikenang. Tanpa keberanian dan ketabahan pejuang kemerdekaan kita tidak akan menikmati kebebasan dan kemakmuran seperti yang kita rasai hari ini.

Terdapat 5 pitstop sempena program ini iaitu

1. Flag off di Pejabat Adun N70 Kukusan Gaya Commercial

2. ⁠Pitstop Kg Jawa Lanut

3. ⁠Pitstop Kg MuhibbahRaya

4. ⁠Pitstop Taman Hill Top

5. ⁠Pitstop Kg Sentosa Blok 5

Marilah sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang di rumah, pejabat, dan kenderaan kita sebagai tanda cinta dan penghargaan kepada tanah air tercinta. Semoga semangat kemerdekaan ini terus subur dalam hati kita semua.

Turut hadir Tuan Azuary Pegawai Penerangan Daerah Tawau, PPM Kukusan Tuan Sukardi Mashuri, Ketua Kampung En Haji Saiman Ibrahim dan team RJ.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.