Jika berpeluang saya sentiasa berusaha menghadiri jemputan-jemputan kesyukuran, majlis kenduri kahwin atau sebagainya.
Baru-baru ini juga saya berkesempatan menyantuni Kumpulan Selawat Al-Azimah sempena kenduri kesyukuran korban yang telah dilaksanakan sebelum ini dengan jayanya iaitu acara gotong-royong korban bersama semua ahli Al-Azimah.
Semoga terus aktif beraktiviti bersama ibu-ibu sekitar Taman Ria dan Tg Batu Darat, terima kasih atas jemputan.
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”