Program Santunan Ramadhan Di Kg Sri Menanti Tawau

SAYA menerima jemputan merasmikan Program Santunan Ramadhan anjuran Yayasan Impak dan Yayasan Ismail pagi tadi di Kg Sri Menanti Tawau.

Seramai 40 penduduk Kg Sri Menanti yang tergolong dari keluarga asnaf,orang kurang upaya dan ibu tunggal antara penerima bakul

makanan daripada Yayasan Impak dan Yayasan Ismail.

Yayasan ini juga berkongsi maklumat berkenaan dengan bantuan pendidikan bagi pelajar seperti kelas bimbingan dan kelas pembelajaran.

Saya amat berbesar hati dengan bantuan bakul makanan yang telah diberikan dari pihak Yayasan Impak dan Yayasan Ismail, saya berharap semoga ada lagi kolabrasi di masa yang akan datang dalam menyantuni golongan yang memerlukan.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.