Agihan Limau Untuk Komuniti Cina Di Kukusan

Agihan limau yang bermaksud “menghantar jeruk,” adalah satu tradisi semasa perayaan tahun baru Cina. Amalan ini melibatkan pemberian limau kepada keluarga, sahabat, dan tetamu sebagai tanda ucapan selamat dan harapan keberuntungan untuk tahun yang baru.

Agihan limau semasa perayaan Tahun Baru Cina bukan sahaja membawa keceriaan dan kegembiraan, tetapi juga merangkumi nilai-nilai tradisional dan makna simbolik yang mendalam dalam budaya Cina dan komuniti yang menyambutnya.

Dalam acara atau perayaan komuniti semasa Tahun Baru Cina, agihan limau secara meluas menjadi suatu tradisi. Ini mungkin melibatkan penyediaan limau kepada ramai orang sebagai tanda kesatuan dan semangat kebersamaan dalam negara Malaysia.

Oleh itu, saya juga tidak lupa dengan komuniti cina dalam kukusan. Walaupun sibuk atas kerja di luar kawasan, team saya bersama UPPM N.70 Kukusan ,Wanita Kukusan dan Beliawanis Kukusan(SWANS) turut serta bersama-sama mengagihkan buah limau kepada komuniti yang merayakan perayaan ini.

Kawasan agihan meliputi Taman Ambar Park, Taman Permata, Taman Bersatu, Taman Den Choi, Taman Kuhara Indah, Taman Rainbow, Taman Bunga Tulip , Taman May Flower dan kawasan sekitarnya.
Terima kasih kepada masyarakat komuniti cina yang telah menyambut baik kedatangan team saya. Tak sabar ingin menyambut Tahun Baharu Cina 2024.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.