Salam Maulidur Rasul

12 Rabiulawal tarikh yang amat penting buat kita umat Islam dalam memperingati lahirnya seorang kekasih Allah yang menyelamatkan manusia daripada kegelapan zaman jahiliyah.

Kasih sayang Rasulullah mendahului segala-galanya. Oleh itu, Sempena bulan Rabiulawal ini, marilah kita perbanyakkan amalan-amalan sunnah seperti berselawat puji-pujian ke atas Nabi Muhammad SAW, mengadakan majlis ilmu dan pengisian yang berkaitan dengan sirah Nabi Muhammad SAW.

Buat ibu bapa, semaikan cinta dan kasih yang sejati kepada anak-anak akan keperibadian Nabi Muhammad SAW. Ini kerana, kemuliaan itu akan kembali kepada kita sendiri kerana Baginda sebenarnya sudah dimuliakan, dicintai dan dirindui Allah SWT.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.