MENJADI kelaziman pada setiap program Ziarah Harapan Kasih Kukusan, kami akan turut menziarahi penduduk yang terlantar di rumah dan tidak dapat hadir ke program.
Justeru, kami bersama-sama agensi berkaitan akan bergerak dari rumah ke rumah penduduk yang telah dikenal pasti bagi membolehkan rawatan, pemeriksaan kesihatan mahu pun berkaitan kebajikan dilakukan.
Turut disalurkan keperluan bakul makanan sumbangan JKM dan Parti Harapan Rakyat Sabah .
Semoga ia memudahkan penduduk Kukusan menerima rawatan dan pemeriksaan kesihatan sewajarnya.
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support