Saya kurang pandai bagi senyuman manis-manis ayu. Biasanya tangan ikut sekali . Kalau nampak saya senyum manis ayu dalam gambar, sebenarnya tengah ikut protokol dan majlis. Yelah kalau balik-balik gambar dengan tangan , nanti orang persoalkan pula ini wakil rakyat atau pelajar sekolah.
Pelajar sekolah pun jarang-jarang sudah begitu, lebih hebat bergambar.
Tapi dalam gambar ini, bolehlah saya melawan pelajar di belakang ketika bergambar. Buat adik dua orang yang tayang , hati-hati, nanti sampai ke tua, jadi macam Kak Rina bila bergambar.
Apapun, kita patut mulakan hari dengan penuh semangat dan kesyukuran. Selamat menjalani rutin harian anda semua.
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support