Ucapan Presiden GRS Datuk Seri Hajiji Noor Sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023

Sumber FB Datuk Seri Hajiji Haji Noor

Hari ini keutamaan kita adalah untuk memaknai gagasan yang diilhamkan YAB Perdana Menteri. Kita membangun Malaysia Madani dengan mengangkat agenda rakyat. Secara tuntasnya, nilai dan makna Malaysia Madani bukan semata-mata menjadikan negara ini maju, tetapi juga rakyatnya berkemajuan.

Begitu juga, tidak lengkap nilai kemajuan itu sekiranya hanya sebilangan kumpulan atau segmen masyarakatnya maju, dan masih ada yang ketinggalan dari arus perdana, apatah lagi yang masih hidup susah. Atas sebab itu, GRS amat mengalu-alukan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam agenda menoktahkan kemiskinan.

Pada masa yang sama, makna kemajuan itu juga tidak lengkap sekiranya kepesatan pembangunan itu hanya bertumpu di kawasan dan negeri tertentu semata, dan masih ada negeri dan wilayah yang bergelumang dengan kemunduran ekonomi dan isu-isu legasi infrastruktur termasuk kemudahan asas seperti air, elektrik dan jalan raya.

Menjadi harapan GRS agar Kerajaan Persekutuan meletakkan dan mengangkat agenda kesaksamaan sosio-ekonomi rakyat dan wilayah sebagai agenda nasional dalam Pembangunan Malaysia Madani!

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.