MURAH sungguh rezeki anak-anak di Kukusan di bulan Ramadan apabila terus mendapat perhatian pihak luar.
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Tawau meraikan 100 kanak-kanak di Pejabat ADUN N70 Kukusan, hari ini.
Selain berbuka puasa bersama, kanak-kanak terbabit turut menerima duit raya menerusi Program Inspirasi Qaseh Ramadan YaPEIM.
Ia hasil sumbangan orang ramai menerusi skim infaq gaji YaPEIM iaitu potongan gaji dalam kakitangan awam kerajaan.
Sumbangan tersebut diserahkan kepada dan fakir miskin di seluruh negara.
Terima kasih YaPEIM Sabah yang diwakili Ketua Penyelaras Komuniti YaPEIM Negeri Sabah Encik Mohd Khairi Ismail.
Begitu juga dengan PPM N70 Kukusan Encik Sukardi Mashuri dan UPPM Kukusan kerana mengambil inisiatif menjalin kerjasama dengan pihak YaPEIM dalam membawa bantuan kebajikan kepada penduduk di sini.
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support