ALHAMDULILLAH, saya berkesempatan meraikan rakan media yang beragama Islam dalam majlis moreh di Tawau, semalam.
Rakan media juga sebagai ‘check and balance’ kepada ahli politik dalam memberi perkhidmatan
terbaik ke arah pembangunan politik, ekonomi dan sosial.
Mereka juga memainkan peranan yang penting dalam membantu pembangunan masyarakat dan daerah Tawau amnya
Menerusi laporan sama ada dalam bentuk penulisan, visual dan digital, media sebenarnya secara langsung memperkenalkan Tawau bukan sahaja diperingkat Negeri tetapi hingga ke luar negara.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua rakan media, di mana juga anda berada.
RINA HJ JAINAL
Setiausaha Politik Kepada Menteri Kewangan Negeri Sabah
Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah
ADUN N70 Kukusan
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support