Santuni 8 Beradik Anak Yatim Menjelang Aidilfitri

MELIHAT keadaan Nurul Natasha Damah dan 7 adiknya mengingatkan saya kepada drama Jaga Aku Selamanya.

Bezanya, Nurul Natasha dan adik-adiknya kehilangan ayah tersayang yang terlebih dahulu menyahut panggilan Ilahi. bagi menampung kehidupan, ibu mereka terpaksa berkorban berhijrah ke Semenanjung untuk bekerja.

Mereka kini tinggal menumpang kasih dengan Datuk yang bernama Ilham Selamat di Taman Semarak. Kisah mereka ini cukup menyentuh hati, dan sehingga kini, saya tidak dapat membayangkan betapa tabahnya mereka 8 beradik menempuh ujian berat Allah SWT ini.

Difahamkan, ibu mereka tidak dapat pulang ke Tawau, pada raya ini kerana perlu bekerja selain ketiadaan tiket penerbangan.

Justeru, menjelang Syawal yang bakal menjelma, saya terpanggil untuk menyantuni mereka, berkongsi sedikit kegembiraan dan rezeki dengan pembelian pakaian hari raya, tudung,

Apa yang saya lakukan ini terlalu jauh kecil jika dibandingkan dengan pengorbanan mereka 8 beradik yang kuat menempuh ujian Allah ini.

Mereka cukup memberi inspirasi kepada kami untuk terus menyantuni rakyat dan menjalani kehidupan sebagai hamba-Nya.

Saya berharap nasib mereka dapat dibela sewajarnya khususnya berkaitan pendidikan dan kebajikan mereka.

Di sini juga, saya mengucapkan terima kasih kepada team Sarimah Nahang kerana sudi membantu memberi potongan harga sewajarnya buat pembelian pakaian raya mereka. Semoga murah rezeki selalu.

RINA HJ JAINAL
Setiausaha Politik Menteri Kewangan Negeri Sabah
Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah
ADUN N70 Kukusan

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.