SEBELUM ini, pihak kami menerima permohonan sumbangan kerusi panjang dan screen ward daripada Hospital Besar Tawau berikutan keadaan kemudahan sedia ada tersebut yang rosak dan lama.
Berikutan itu, saya telah meluluskan sumbangan 5 unit kerusi panjang dan 10 unit screen ward. Alhamdulillah kita telah menyerahkan 5 unit kerusi panjang berkenaan sebelum ini, dan hari ini baki 10 unit screen ward turut berjaya diserahkan kepada pihak hospital.
Semoga ini memberi manfaat kepada pihak hospital khususnya orang ramai yang datang mendapatkan rawatan di sini.
RINA HJ JAINAL
Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah
merangkap ADUN N70 Kukusan