SEMALAM, saya sempat menghadiri program Jom Masak Bubur Lambuk membabitkan 7 KRT di Kukusan dan kawasan sekitar.
Pejabat ADUN N70 Kukusan telah menyumbang sebanyak RM1,000 bagi menjayakan program ini selain sumbangan daripada ADABI dalam penyediaan rempah ratus, santan dan perasa manakala Sawit Kinabalu menyumbangkan lebih 15kg daging premium.
Dianggarkan lebih 1,300 bungkus bubur lambuk disediakan untuk diedar di kawasan KRT masing-masing dan juga penduduk di Kukusan.
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support