SEPANJANG enam bulan ini, Pejabat ADUN N70 Kukusan telah giat membaik pulih beberapa kemudahan asas termasuk gelanggang bola keranjang di kawasan taman perumahan sekitar Kukusan.
Diharapkan masyarakat Kukusan boleh menikmati kemudahan asas ini dalam suasana lebih kondusif dan sama-sama menjaganya agar dapat digunakan dalam tempoh masa yang lama.
Bagaimanapun, saya menerima beberapa keping gambar menunjukkan sikap kurang bertanggungjawab segelintir individu yang memakirkan kenderaan di kawasan gelanggang bola keranjang yang telah dibaik pulih, biar pun terdapat papan tanda amaran ‘larangan meletak kenderaan’ di situ.
Berbaki empat hari lagi ke tahun baharu 2023, saya berharap agar masyarakat juga dapat mengubah mentaliti untuk sama-sama menjaga kemudahan asas yang disediakan.
Agar tahun hadapan kita dapat menumpukan baik pulih dan pembinaan kemudahan asas lain pula.
RINA HJ JAINAL
Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah
merangkap ADUN N70 Kukusan
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support